Demikianlah nasib Shahidan Kassim, Idris Jusoh bagaimana?
Di atas robohan Masjid Bujal
Kita bangunkan Masjid Kristal
Pemerintahan zalim ala dajal
Umno kejam sistemnya 'brutal'.
--- H Fansuri.
---
Oleh: H Fansuri
Hal ini menyalahi pandangan umum asal yang melihat Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar melalui 'perkenan' Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dengan 4,882 undi, Dr Md Isa diisytiharkan menang dengan majoriti 2,110; menewaskan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir (2,772). Media seterusnya melaporkan latarbelakang akademik beliau sejurus desas-desus perlantikan itu mula tersebar luas.
Sentiasa ada beberapa cabaran baru menimpa mereka walaupun media perdana seringkali menuding isu kelemahan pentadbiran negeri-negeri di bawah BA. Misalnya, Perak telah dilaporkan berlaku ketidaksefahaman di antara PAS, DAP dan KeADILan berhubung isu perlantikan Menteri Besar.
Demikian juga hal yang lebih berlaku di Selangor. Hal yang sama berlaku terhadap corak ulasan media perdana ke atas dasar kerajaan baru DAP di Pulau
Hanya BA yang bermasalah. Atau, hampir tepatnya, 80 peratus kerajaan negeri BA sudah ada riak-riak perpecahan. Dan, masalah perpecahan adalah suatu perkara besar. Manakala, gelombang perpecahan kerajaan negeri BA tidaklah besar sangat. Mungkin dalam 20 peratus saja.
Kalau kita bijak menelaah, hubungan BA baru bertaut dalam sebuah ikatan pemerintahan bersama. Ia memang goyah kerana hal ini melibatkan pertembungan tiga parti berlainan bangsa, bangsa dan rupa wajah perjuangan.
Apakah sama sebuah keluarga yang baru memasuki alam perkahwinan dan keluarga yang telah lama mengharungi pahit getir hidup bersama? Justeru, BN dan BA tidak boleh dibuat perbandingan kerana BA masih baru, rundingan dan tolak ansur sedang melalui prosesnya. Mereka sedang berusaha mewujudkan persefahaman dan saling memahami.
Soalan lain yang berbangkit, apakah BN yang membentuk kerajaan negeri baru-baru ini khasnya di Perlis dan di Terengganu tiada masalah besar dalam pentadbiran mereka?
Masalah itu sememangnya ada. Tetapi ia kerap dipendam dan tidak dilaporkan. Hanyalah sesekali maklumat pertikaian dan percakaran itu terburai, khasnya pada ketika ini, tatkala desakan meminta Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan semakin jelas kedengaran. Antara yang terbaru,
Kedudukan Idris Jusoh juga goyah?
Jika kedudukan Shahidan Kassim mula goyah, adakah Idris Jusoh benar-benar kukuh di tempatnya sendiri? Beberapa orang ahli Umno sendiri mengaku bahawa mereka tidak mahu Idris memegang lagi jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai satu masalah lain ketika berdepan dengan Idris Jusoh. Antara menteri-menteri besar, Idrislah yang paling kuat pertahankan Islam Hadhari. Abdullah ketika lemah, perlukan sokongan kuat watak-watak seperti Idris. PM perlu dapatkan sokongan dulu. Soal kebenaran tolak ketepi untuk sementara waktu.
Suatu kisah yang menjadi bahan perbualan masyarakat di Dun Batu Burok, Terengganu ialah Idris tidak mahu calon BN yang lama bagi Adun Batu Burok dinaikkan sebagai wakil rakyat. Jika Dato' Che' Mat Jusoh menang, kata ahli-ahli Umno Batu Burok, maka tipislah peluang Idris untuk menjadi MB.
"Jadi, Idris gantikan tempat itu dengan calon lain. Sebab itu, orang BN di kampung saya pulaukan pilihan raya sebagai tanda protes kepada Idris Jusoh. Kami suka Che' Mat.
"Walaupun dalam pilihan raya sepenggal yang lalu dia kalah, tapi Che' Mat tetap turun meraikan acara anjuran penduduk," kata sumber itu yang ingin dikenali sebagai Sabariah.
Hal yang menyebabkan orang Umno paling marah kepada Idris ialah ketika tanah tempat dibangunkan Masjid Kristal sekarang ini telah dijual dengan harga yang tidak sepatutnya.
"
"Kini, mereka mula kesal apabila melihat Masjid Kristal dijadikan alat kempen Idris. Jika mereka tahu begini rancangan Idris, nescaya mereka tidak menjual tanah itu," katanya lagi.
Idris 'gila masjid'?
Sekarang ini, tambah Sabariah, sudah banyak masjid dibangunkan dan menurut beliau, ada sebuah masjid lagi yang akan dibina di tempat berdekatan.
"Sehinggakan penduduk kampung cakap, Idris Jusoh 'gila masjid'. Ayah saya kata, kami orang kampung sudah tidak tahu nak solat di masjid mana sekarang. Sebab, masjid pun sudah banyak sangat. Akhirnya, ayah saya solat Jumaat di masjid lama juga," katanya.
Jika benar bakal MB telah terkena penyakit 'gila' itu, sesuatu harus dilakukan. Umno masih menganggap Islam tertegak melalui pembinaan masjid semata-mata. Walhal, keutamaan lain bagi anak-anak Terengganu seperti Sabariah ialah mereka mahukan pinjaman biasiswa Yayasan Terengganu diberikan tepat pada waktunya.
Rasulullah misalnya memerdekakan para tawanan perang yang tiada harta untuk menebus kemerdekaan dengan satu cara; mengajar sepuluh anak-anak Muslimin sehingga mereka dapat membaca, mengira dan menulis. Ertinya, ajaran Islam menuntut supaya diberi keutamaan kepada institusi pendidikan.
"Masjid sudah lebih daripada cukup. Pelajar seperti kami, sejak awal semester November tahun lalu sampai sekarang, duit belum masuk lagi ke akaun bank kami.
"Kami tanya Yayasan Terengganu berulangkali. Jawapannya tetap sama, iaitu tiada peruntukan. Apabila saya desak lagi, katanya ia berkaitan SUK Negeri. Jadi, kami ingin soal kerajaan Terengganu, ke mana duit itu diguna selama ini? Kempen pilihan raya?" tanya Sabariah.
Rakyat hanya perlu menunggu Idris membentangkan Belanjawan Negeri kerana rungutan ramai dalam kalangan pelajar Terengganu ini agak panas kedengaran juga. Itu pun jika Idris sempat menjadi MB dan dapat membentangkan belanjawan tersebut.
Sabariah adalah penyokong kuat Umno di Batu Burok. Sama ada rekod buruk Idris dapat mengubah pendiriannya untuk mengundi BA, hal itu cuma diketahui
Umno Terengganu masih berpeluang berbincang dengan pihak istana jika kuasa sultan boleh dimanfaatkan untuk melantik seorang Menteri Besar Terengganu yang lain supaya Idris Jusoh menerima nasib yang sama dengan Shahidan, Khir Toyo, Mahadzir Khalid atau menteri-menteri lain yang kecundang di tangan rakyat setelah ditumpaskan oleh keegoan mereka sendiri.
15 Mac 2008,
Sekolah Pemikiran Pendang.
Currently have 0 comments: