Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Puisi-puisi adalah firman 'Tuhan-Tuhan' kerdil di bumi

Tuesday, July 31, 2007 , Posted by nota untuk Syiah at 7:44 PM

Beberapa hari lalu (kelmarin kot) Pak Sutardji menyebutkan dalam ceramahnya bahawa penyair itu bagaikan 'Tuhan' di bumi.

- Tuhan telah lama bermimpi. Dia mimpi tentang rindu. Rindu terhadap sebuah kehidupan.
- Kehidupan kita ini merupakan sebahagian daripada mimpi Tuhan.
- Apabila Tuhan bermimpi, DIA tidak pernah bertanggungjawab ke atas mimpinya (kehidupan ini).
- Seperti juga penyair, mereka akan berfirman dengan puisinya dan akhirnya mereka tidak peduli apa yang berlaku sesudah itu. Apakah manusia akan jadi berantakan. DIA dan dia tidak pernah ambil pusing.

Kenyataan ini tentunya menimbulkan kontroversi dan latahan tak terjangka kala silap dituturkan dalam ruang terbuka. Hal ini yang mahu saya terapkan dalam dunia kewartawanan dengan sesungguhnya.

Sejak di bangku kuliah, Kami sering diajar, diasuh dan dididik agar berhati-hati dengan penulisan. Kononnya, dengan sebab penulisan, manusia boleh bermandi darah. Dan, kaum wartawan harus bertanggungjawab tentang hal itu.

Tapi, saya fikir 'wartawan-sasterawan' mungkin boleh memahami pandangan-pandangan seumpama ini.

Sekarang, Sekolah Pemikiran Samarinda telah mengasuh makna yang baru yang mungkin sukar diterima. Tapi, apa salahnya kalau saya ingin mencuba-cuba.


H. Fansuri
Sekolah Pemikiran Samarinda
11:47 (waktu tenpatan)
1 Ogos 2007

Currently have 0 comments: