Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Currently have 2 comments:

  1. Anonymous says:

    Salam.
    Tuan Bukhari,
    rupanya saudara adalah seorang pejuang suara mahasiswa/keadilan. Saya terasa bangga!

    Mengingatkan saya kembali zaman di UM dulu. Oleh kerana terlalu kerap menyertai pelbagai demonstrasi pada tahun 98 dan 99, saya ditegur oleh ayah saya. Hati saya sedikit terhiris, tetapi manis rasanya.

    Salah satu sebab, apabila saya dah tua-tua ni sedikit culas dari menyelami isu politik ialah, setiap kali ada isu ketidakadilan, mulalah saya tak dapat tidur dan terasa nak BOM orang. Tekanan darah naik!

    Zaman saya belajar dulu, saya ada beberapa kali menulis surat 'cinta' kepada bekas PM. Tapi akhirnya surat cinta saya itu dibakulsampahkan oleh saya sendiri. Kerana pada ketika itu, saya bukan saudara. Saya tidak ada bakat menulis. Hingga saya merasakan suara geram sakit saya bukanlah ayat-ayat yang terbaik untuk menjadi pedang bagi menegakkan keadilan. Kerana saya hanya seorang perempuan biasa.

    Tetapi, setelah saya menulis, barulah saya sedar, kita manusia dianugerahkan dengan suara hati yang berbeza. Ada rasa api, ada rasa angin, ada rasa air, ada rasa tanah.

    Apapun rasa itu, api, air, angin atau tanah, biarlah ia digunapakai pada jalan yang Allah redha.

    Tahniah kepada saudara!

  1. Saudari Teh Zaharah ...

    Terima kasih atas komentar.

    1. Saya yakin hampir semua ibu bapa kita meminta kita jangan terlibat dgn semua ini, walaupun mrk hardcore Pas, PKR, BA di kg.

    Inilah masalahnya. Kita spt hidup dlm zaman 90-an dahulu di mana ketika Ashaari Muhammad (al-Arqam) ditahan di bawah ISA, Pas & aktivis Islam sendiri menyokong penahanan tersebut. Malah mengesahkan ISA!

    Paradigma itu bertukar ketika era Reformasi 1998, ketika Anwar telah dipecat daripada Umno.

    Jadi, mangsa tahanan Auku dari kalangan pelajar dan pensyarah pada masa kini tidak dibantu dibantu BA dalam bentuk tindakan radikal. Ia cuma terapung sebagai kata-kata.

    Maksud saya, aktivis Islam boleh menyebut Auku itu zalim, tetapi untuk turun berdemonstrasi untuk menunjukkan bantahan ke atas siswa dan pensyarah yang ditahan di bwh Auku, itu tidak mungkin berlaku di dalam tempoh sekarang.

    Sebabnya, seperti yang saya sebut tadi, apa-apa yang dideritai oleh tahanan Auku sekarang adalah apa-apa yang dideritai oleh tahanan ISA suatu masa dahulu, di mana mrk ini tidak dibantu dalam bentuk satu tindakan spt GMI pada hari ini.

    Itu risiko yang perlu diambil oleh mana-mana pensyarah dan siswa kini.

    Sebab itu, tidak ramai yang sanggup ambil risiko ini.


    2. Saya setuju dgn pandangan sdri ttg manusia api, angin, tanah dan air. Semua unsur ini mempunyai ruh dan kekuatan yang tersendiri.

    Ia boleh diseru. Dalam alQur'an di sebut bagaimana Tuhan menyeru api agar menjadi dingin hingga tidak mencederakan tubuh Nabi Ibrahim.

    Angin diseru untuk memudahkan Nabi Sulaiman berjalan.

    Air hujan telah diseru berhenti dan dalam masa yang sama tanah diseru untuk menelan banjir dalam hikayat Nabi Nuh membina bahtera.

    Pendek kata, semua unsur ini telah mempunyai 'ruh' yang boleh diseru dan menurut perintah Tuhan termasuk perintah kita sendiri.

    Terpulang kepada kita bagaimana kita mahu menggunakan kekuatan ruh itu untuk perjuangan agama.

    Orang-orang yang berjaya adalah mereka yang berjuang menurut apa yang mereka percaya.

    Kepercayaan bukan semata-mata untuk dipercayai, tetapi ia adalah suatu nilai yang perlu diperjuangkan ...

    Sekian, terima kasih ...