Lapar Dahaga Dalam Pasungan (18 SG)
jangan takut kepada kematian
kerana ia cuma satu perjalanan
yang biasa dilalui semua insan.
Jiwa suci di dunia
terus dipasung dan didera
oleh nistaan angkuh mereka
kita tidak mampu menoleh
jalan lain melainkan kematian
kerana itulah jalan pertama
menempuh merdeka hakiki.
Berlapar dahaga dalam pasungan
bukan didorong rasa kecewa
nafas terakhir kau khatamkan
suatu tekanan kepada mereka
bagi menuju jalan pembebasan.
Setiap kematian bertujuan murni
dinilaikan sebagai syahid nanti.
H Fansuri
Sekolah Pemikiran Kg. Baru.
MINGGUAN MALAYSIA,
5 Zulkaedah 1427
26 November 2006
Halaman 30
----------------------------------------------------------------------------------
Nukilan sajak ini diabadikan kepada para tahanan ISA. Khasnya kepada Said Zahari (Pak Said) dan Allahyarham Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) di mana hasil temubual saya dengan beliau (Pak Said) dan beberapa catatan Pak Sako yang ditemui, telah memutarkan pandangan saya sebanyak 360 darjah mengenai teknik mogok lapar yang dilakukan mereka ketika berada di dalam tahanan ISA.
Sebelum ini, saya menganggap mogok lapar dalam pasungan ISA adalah sikap membunuh diri. Tetapi, akhirnya saya 'berfatwa' bahawa langkah tahanan ISA ini adalah bersamaan dengan sikap pengebom berani di Palestin yang mengambil keputusan untuk meletupkan diri ketika menyerang rakyat Israel.
Kalau betullah laporan berita yang saya dengar; bahawa ISA itu bertepatan dengan semangat Islam Hadhari, maka pada hari ini (5 Zulkaedah 1427, 26 November 2006), tepat 6:14 petang, dengan lafaz bismillah ir rahman ir rahiim, maka saya pun melancarkan perang peribadi terhadap Islam Hadhari mengikut kaedah saya sendiri.
Sebelum ini saya mengambil sikap tidak endah dan tidak peduli dengan retorik Pakembar (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu @ Umno), seperti Melayu Glokal, Bangsa Malaysia termasuk Islam Hadhari. Tetapi, kini, jangan sampai ada ruang lagi kepada mereka untuk menipu rakyat.
Currently have 0 comments: